Sabtu, 14 Mei 2011

P-Setiausaha KRT meninggal



.
الفاتحة

Maut jatuh bumbung dewan ( p-setiausaha KRT& Pengerusi Taman Semarak)


SUNGAI PASIR – Hasrat seorang lelaki yang ingin membaiki bumbung dewan orang ramai tidak kesampaian apabila tersilap langkah menyebabkannya maut apabila terjatuh dalam kejadian jam 9.40 pagi dekat sini, semalam. Mangsa, Abdul Rahim Saad, 58, dari Taman Semarak, Sungai Pasir dikatakan sedang mengenal pasti lubang di bahagian atas bumbung Dewan Seri Semarak dalam program gotong-royong yang turut disertai kira-kira 15 penduduk lain.

Saksi, Abu Bakar Saidin, 49, berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan sedang mesin rumput di halaman dewan sebelum menyerahkan tugasan itu kepada penduduk yang baru hadir membantu dan mangsa kemudian beralih untuk memeriksa bahagian bumbung

“Ketika itu, saya berada di halaman dewan dan menyedari mangsa terjatuh berdasarkan bunyi yang kuat. Apabila dipangku mangsa masih lagi bernafas berdasarkan gerakan dari bahagian perut tetapi tidak mampu lagi bercakap,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Abdul Rahim adalah Pengerusi Badan Kebajikan Islam Taman Semarak 1 (Bakitas) dan tujuan mereka mengadakan gotong-royong adalah sebagai persediaan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Khairat Kematian Selasa depan.

Abu Bakar yang juga jiran mangsa menjelaskan sebaik terjatuh, darah turut mengalir di bahagian telinga dan hidung mangsa dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sejurus selepas itu.

Anak bongsu mangsa, Mohd Nur Izwan, 23, berkata, tiada sebarang kelakuan ganjil yang disedari ketika berjumpa bapanya sebelum bertolak ke tempat kerja kira-kira jam 8 pagi sebelum kejadian.

Menurut Izwan, kakak sulungnya baru sahaja meninggal dunia Oktober tahun lalu akibat barah manakala seorang lagi kakaknya yang menetap di Kuala Lumpur sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi kejadian mendapati, penduduk dan sanak saudara mangsa yang memenuhi pekarangan dewan untuk menziarahi arwah turut mengadakan majlis tahlil.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke hospital menggunakan kenderaan awam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Rabu, 9 Mac 2011

kem kesihatan


baik baik cucuk jangan cucuk tempat lain dah lah

sabar ajelah bukan selalu


sila jamu selera ala kadar saja



setelah penat bekerja inilah masa untuk menambah selera




Sabtu, 13 Mac 2010

Motivasi pelajar UPSR/PMR/SPM

PENCERAMAH SUKIMAN BIN HARON



AJK KRT yang bertungkuslumus menjayakan program motivasi










Majlis Ceramah Maulidul Rasul